BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 10, 2010

Maafkan Saya

Sudah lama x menulis ni. Sori la sebab bz dengan projek. Nanti time cuti aku tulis banyak2 k. Mungkin sambung pengalaman aku tu pn ok jgk.

Thursday, February 4, 2010






































Penat sehari melakukan kerja dari pagi sampai ke pagi esok. Badan tidak mampu menahan tekanan. Ntah boleh atau tidak aku melakukan semua ini. Namun ada ramai orang yang mampu menenangkan aku. Ibu, ayah, dan orang yang aku terima dalam hidup ini sebagai sebuah keluarga ialah Nurasyikin bt Mangsor. Aku tenang bersamanya. Gaduh memang kadang-kala terjadi x dapat aku nafikan. Family aku dan bakal isteri aku adalah orang-orang yang paling aku sayang. Tanpa mereka aku x mungkin akan berjaya seperti sekarang ini. Ayahku pemberi nasihat kepadaku, Ibuku pemberi semangat kepadaku, Adik-adikku sebagai pengikutku, dan bakal isteriku sebagai pelengkap hidupku. Aku bahagia dengan ramai orang tersayang menyokong aku. Aku akan cuba berjaya dalam hidup untuk membalas jasa-jasa mereka.

Sunday, January 31, 2010

KAMPUNG TANJUNG LANGSAT


Ini la menjadi produk yang hanya boleh di dapati di Kampung Tanjung Langsat. Sedap, pekat, likat memang menyelerakan. Menjadi bahan bualan di seluruh Pasir Gudang. Rasanya tiada tandingan. Semangkuk cukup mengenyangkan. Setiap mangkuk ada 4 ekor udang baik punya. Sekali pandang hendak lagi.


Salah satu keunikkan di kawasan Kampung Tanjung Langsat. Gerbang yang terhasil daripada sebatang pokok yang besar menjadi elemen yang menarik perhatian aku. Unik adalah perkataan yang sesuai untuk dijelaskan. Cukup menarik untuk dilawati. Terutamanya nak buat sesi bergambar.

Thursday, January 28, 2010

PENGALAMAN SAHC


Form 1


Aku masuk ke KSAH ketika aku baru memasuki tingkatan 1 di Sekolah Menengah Mahsuri. Suasananya amat berlainan sekali. Mungkin baru setahun jagung lagi. Senior kelihatan baik di hadapan mataku. Baik ada makna la tu. Sewaktu tingkatan 1 aku telah melakukan banyak kesalahan tetapi tidak pernah ditangkap lagi oleh senior dan warden. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Aku ditahan oleh senior disebabkan keluar tanpa kebenaran. Malam itu terus aku didenda helikopter, ringkai, magic chair dan kena jawab teka-teki sebelum masuk tidur. Dalam hati memang maki-hamun tetapi itu adalah kesalahan dan aku terima seadanya.

Itu antara pengalaman aku ketika baru masuk ke KSAH. Satu malam aku dan rakan-rakan aku bermain sembunyi di dalam dorm. Salah seorang senior mengajak kami bermain sekali dengannya. Namun kami tertipu kerana helahnya cuma mahu mendenda kami kerana bermain dalam dorm. Apa lagi roll-call la kami malam itu. Kami di denda tutup mata dan berjalan sekeliling sekolah pada waktu tengah malam. Setiap kali kami berhenti, kami akan diganggu oleh 'hantu'. Selepas itu setiap orang dari kumpulan kami akan ditinggalkan dalam tandas seorang diri. Buka mata sahaja terus buka pintu dan berlari ke hostel kami. Seronok juga didenda begitu. Setelah itu kami menjadi sahabat karib di sekolah sehingga ke hari ini.



Form 2


Aku masih lagi dianggap 'junior' walaupun sudah tinggal di hostel untuk setahun. Cuma mendapat sedikit kuasa dan boleh membuli budak tingkatan 1. Aku sebenarnya tidak pernah membuli seperti memukul atau menyepak sebab itu bukan membuli itu sudah dikategorikan sebagai samseng. Tahun ini aku baru pandai bermain bola sebab aku sewaktu sekolah rendah memang seorang kaki bangku. Aku belajar disebabkan ramai rakan aku turut bermain mengisi masa lapang waktu petang. Roll call malam menjadi rutin aku ketika ini. 'Senior' juga ingin melepaskan tensen disebabkan tekanan belajar. Satu malam terdapat 'fire training'. Bunyi loceng yang panjang adalah petanda bahawa roll call bermula. Sedap dibuai mimpi, 'senior' senior mengejut aku. Rupanya semua kawan aku sudah berdiri dengan memakai seluar pendek di gelanggang bola keranjang. Nyamuk mengadakan pesta di kaki kami dan gatalnya bukan kepalang. Apa lagi malam tu lauk la aku di simbah air kolam yang berlumut dan berbau busuk dan dibiarkan menggigil semalaman. Menyesal tidur lambat malam tadi. Esoknya aku jadi bahan oleh kawan-kawan aku. Semua menutup hidung tanda aku telah dimandikan air yang begitu mengotorkan.