BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 28, 2010

PENGALAMAN SAHC


Form 1


Aku masuk ke KSAH ketika aku baru memasuki tingkatan 1 di Sekolah Menengah Mahsuri. Suasananya amat berlainan sekali. Mungkin baru setahun jagung lagi. Senior kelihatan baik di hadapan mataku. Baik ada makna la tu. Sewaktu tingkatan 1 aku telah melakukan banyak kesalahan tetapi tidak pernah ditangkap lagi oleh senior dan warden. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Aku ditahan oleh senior disebabkan keluar tanpa kebenaran. Malam itu terus aku didenda helikopter, ringkai, magic chair dan kena jawab teka-teki sebelum masuk tidur. Dalam hati memang maki-hamun tetapi itu adalah kesalahan dan aku terima seadanya.

Itu antara pengalaman aku ketika baru masuk ke KSAH. Satu malam aku dan rakan-rakan aku bermain sembunyi di dalam dorm. Salah seorang senior mengajak kami bermain sekali dengannya. Namun kami tertipu kerana helahnya cuma mahu mendenda kami kerana bermain dalam dorm. Apa lagi roll-call la kami malam itu. Kami di denda tutup mata dan berjalan sekeliling sekolah pada waktu tengah malam. Setiap kali kami berhenti, kami akan diganggu oleh 'hantu'. Selepas itu setiap orang dari kumpulan kami akan ditinggalkan dalam tandas seorang diri. Buka mata sahaja terus buka pintu dan berlari ke hostel kami. Seronok juga didenda begitu. Setelah itu kami menjadi sahabat karib di sekolah sehingga ke hari ini.



Form 2


Aku masih lagi dianggap 'junior' walaupun sudah tinggal di hostel untuk setahun. Cuma mendapat sedikit kuasa dan boleh membuli budak tingkatan 1. Aku sebenarnya tidak pernah membuli seperti memukul atau menyepak sebab itu bukan membuli itu sudah dikategorikan sebagai samseng. Tahun ini aku baru pandai bermain bola sebab aku sewaktu sekolah rendah memang seorang kaki bangku. Aku belajar disebabkan ramai rakan aku turut bermain mengisi masa lapang waktu petang. Roll call malam menjadi rutin aku ketika ini. 'Senior' juga ingin melepaskan tensen disebabkan tekanan belajar. Satu malam terdapat 'fire training'. Bunyi loceng yang panjang adalah petanda bahawa roll call bermula. Sedap dibuai mimpi, 'senior' senior mengejut aku. Rupanya semua kawan aku sudah berdiri dengan memakai seluar pendek di gelanggang bola keranjang. Nyamuk mengadakan pesta di kaki kami dan gatalnya bukan kepalang. Apa lagi malam tu lauk la aku di simbah air kolam yang berlumut dan berbau busuk dan dibiarkan menggigil semalaman. Menyesal tidur lambat malam tadi. Esoknya aku jadi bahan oleh kawan-kawan aku. Semua menutup hidung tanda aku telah dimandikan air yang begitu mengotorkan.

2 comments:

.millalara. said...

hoh. sadis.
pernah time f1 kena cium tembok rapat2 sambil peluk tembok itu erat2.. haihh~ hanya mampu tersenyum pabila teringat ohhh...

MrLimTaT said...

ooooh
aku cuma kena denda je
mcm2 nama da
aku pn smpai nek jemu sbb slalu sngt kena denda.
hahaha